Cerpen: Stethoscope
“ Doktor Ainiyah, jom kahwin!” hampir tersembur jus oren
yang baru hendak memasuki saluran asophagus Dr. Ainiyah tatkala mendengar
kata-kata lelaki yang entah muncul dari mana.
Tisu yang berada di
sebelah gelas dicapai sambil matanya liar melihat ruang kantin Hospital
Serdang, khuatir jika ada kakitangan hospital yang mendengar apa yang jurutera
seorang ini katakan yang kini mengabil tempat di kerusi yang berhadapan
dengannya. Boleh kecoh ni kalau dapat tahu dek mereka nanti. Dapat dibayangkan
gosip doktor workaholic dilamar di kantin hospital tersebar nanti kerana
mulut-mulut mereka. Ainiyah menarik nafas lega apabila melihat semua
pengunjung kelihatan begiru asyik menjamu selera.