Wednesday 11 February 2015

Satu Tahun Jatuh Cinta Bab 1: Bahagian 1

Satu Tahun Jatuh Cinta Bab 1: Bahagian 1

"Eh, nak pergi dah ke? Mari la makan dulu." Tegur Mak Limah tatkala melihat Imani terkocoh-kocoh memakai kasut sarungnnya. Nasi goreng sudah disenduk ke dalam pingan hanya menunggu anak daranya untuk makan sahaja.

"Tak boleh mak, sorry. Imani lupa hari ini Imani ada meeting dengan clients pkul 10. Tak boleh lambat" Imani meminta maaf. Rasa bersalah kerana tidak bersarapan. Semalam pun begitu juga kerana terlewat bangun disebabkan tidak cukup tidur.

Semuanya gara-gara Ramlee Sarkis tu. Ada ke patut projek perumahan di Klang yang sepatutnya diuruskan oleh mereka berdua diserahkan bulat-bulat kepadanya. Apabila ditanya mengapa, alasannya hanya satu, dia ketua dan Imani anak buahnya. Apa ingat aku ni kuli boleh disuruh sesuka hati!

Mak Limah hanya mampu menggeleng kepala. Perlahan-lahan nasi yang dihidangkan untuk anak gadisnya itu dimasukkan kembali kedalam mangkuk.

"Mak, janganlah merajuk. Imani betul-betul minta maaf. InsyaAllah kita sarapan sama-sama ye esok." Pujuk Imani dengan wajah sedih. Dia betul-betul rasa bersalah yang amat. Huh jangan buat ibu terasa hati. Alamat tak masuk syurga tu.

"Huh, tak ada masa mak nak merajuk. Nah, mak dah siapkan bekal makanan. Mak tahu akan jadi begini. Nanti sampai office makan tau." Huluran bekas makanan dari Mak Limah disambut. Terasa lega. Mujur ada ibunya Memang tahu-tahu je.

" Terima kasih mak. Ni yang sayang lebih ni " tangan ibunya digapai untuk disalami dan bertalu-talu ciuman diberi di pipi kanan dan kiri ibunya. Mak Limah menolak anak gadisnya. Rimas pula dibuatnya. Sempat pula dia nak mengusik sedangkan tadi kelam kabut hendak ke pejabat.

"Dah, dah. Isy rimas aku. Tak padan dengan umur. Cepat pergi kerja. Tadi kata dah lambat."

"Okay,okay. Imani pergi dulu ya. Oh, lupa pulak. Mak tolong kejutkan Islah pukul 9.30 pagi nanti. Katanya ada mesyuarat jugak pukul 11 nanti." Pesan Imani sebelum menutup pintu kereta.

"Iyalah. Nanti mak kejut dia. Hati-hati bawa kereta tu" ujar Mak Limah sambil memerhati kereta MyVi anaknya menyusur keluar dari halaman rumah  mereka dan kelihatan anaknya itu melambai tangannya sebelum pergi.

Tiba-tiba terdetik rasa sedih di hatinya melihatkan kehidupan Imani. Gigih mencari rezeki untuk kebahagiaan mereka bertiga anak-beranak sedangkan umurnya sudah menganjak usia yang sesuai untuk memiliki keluarga sendiri. Masih mahu menjadi tonggak keluarga walaupun adik lelakinya sudah mampu untuk menjaga mereka bertiga.

"Imani, Imani. Bila lagi kamu hendak bertegas untuk jadi ketua keluarga. Semoga terbuka pintu hati kamu untuk terima kehadiran seorang lelaki dalam hidup kamu" keluh Mak Limah sebelum menutup pintu rumah.

Tuesday 10 February 2015

Satu Tahun Jatuh Cinta Prolog

Prolog

Imani termangu di bilik tidur barunya. Perabot mewah dan hiasan dalaman yang cantik umpama kamar beradu sang raja bukanlah  sebab utama yang menyebabkan dia merenung jauh ke luar alam akan tetapi  bunyi pancuran air dari bilik mandi di bilik itu. Sesekali terkeluar keluhan dari mulutnya tanpa sedar. Seketika kemudiannya terdengar pancuran air berhenti diikuti bunyi pintu dibuka setelah beberapa minit kemudiannya. Cepat-cepat Imani berbaring di atas katil, berpura-pura seperti dia sedang tidur.  Sesekali matanya mencuri untuk melihat susuk tubuh yang sedang menyalin pakaian.

‘ Ah, habis aku kalau tuan punya badan ni tahu yang aku tengah mengendap.’ Detik hati  Imani sambil memejam matanya rapat-rapat. Mana taknya, ada ke patut seorang anak dara mencuri pandang anak teruna orang? Tengah salin baju pulak tu. Boleh tahan gatal kan aku ni!

“Alamak, lipas atas katil!”

“Apa! Lipas? Mana mana? Mana lipasnya?” kelam kabut Imani bangun dari katil. Eeww dia tak suka lipas. Geli! Teringat dulu lipas termasuk dalam baju kurung kesayangannya. Terus di buangnya baju itu. Lipas dengan Imani? Enemies forever. Imani memandang si teruna tadi yang sudah lengkap berpakaian untuk bertanya tentang kelibat  musuhnya itu tetapi melihatkan jejaka itu sedang ketawa di lantai, tahulah dia yang sudah dikenakan.

“Apa ni Muhammad Nur Fattah! Awak mainkan saya ya?” marah Imani.  Berdongkol-dongkol rasa geram dalam hatinya apabila dipermainkan. Jangan dibuat main dengan LIPAS! Habis hilang rasa gelisah yang menghuni hatinya diganti dengan rasa geram pada Fattah.

Fattah cuba menghabiskan sisa-sisa tawanya namun tatkala melihat wajah Imani yang merona merah, tawanya terhambur kembali. “ Sorry, sorry saya tak sengaja tapi saya sengaja. Awak berlakon tidur tapi curi-curi pandang saya tu yang saya menyakat. Yang lawaknya awak melompat turun katil” 

Fattah ketawa mengekeh. Kalau tadi wajah Imani merah kerana marah, kini terasa wajahnya hangat kerana malu. Kenapa boleh lupa yang dia tengah berlakon tidur ni? Rasa nak ketuk-ketuk kepalanya. Aduh, malu mak. Imani malu.

“ Eh mana ada saya berlakon? Pandai-pandai je awak ni”

“Ah, tak payah nak tipu sangatlah. Saya nampak mata awak bergerak-gerak. Siap mengomel lagi. Apa awak cakap ye? Habis awak kalau saya tahu awak tengah mengendap? “ ujar Fattah sambil tersengih memegang dagunya.

 Imani menutup wa jahnya dengan kedua-dua tangannya. Malu sungguh. Bukan aku cakap dalam hati ke tadi. Habis malu aku. Mamat ni pun kalau dah tahu aku berlakon tidur cakap je la dari awal. Saja je dia nak kenakan aku.

“Okay. Okay. Saya tak gelakkan awak lagi dah. Mari duduk dekat sini” Fattah melabuhkan duduknya di atas katil sambil menepuk-nepuk tempat disebelahnya.

“Malaslah. Awak ni nakal. Suka menyakat saya.” Rajuk Imani. Tidak, dia tak merajuk pun tetapi lebih ke arah dia malu sebab kantoi!

“Aik, dengan kawan sendiri pun nak merajuk ke? Cik Imani yang baik hati, yang pandai masak, yang cantik rupawan. Mari duduk sini. Jangan merajuk lagi ya” pujuk Fattah dengan sengeh seperti kerang busuk. Ah lelaki ini kalau bab mengambil hati memang nombor satu! Kalah lagi hero-hero dalam drama Melayu di TV 3 setiap hari sabtu dan ahad itu. Perlahan saja Imani menurut pujukan Fattah. Ruang duduk di sebelah Fattah di isinya.

“Mujur saya ni baik hati tau. Kalau tidak lama dah saya sekeh kepala awak tahu!”

“Eh jangan . Tak baik buat suami awak macam tu. Berdosa okay.” Fattah membuat muka sedih namun Imani hanya menjelir lidah padanya.

“Suami konon. Perasan lah awak ni. Dahlah tidur. Esok-esok pagi kita kena bangun. Kena kemas lagi pinggan mangkuk, periuk, belanga yang dah dibasuh petang tadi” kali ini Imani terus memanjat katil mengambil tempat untuk tidur. Ah, entah kenapa gelisah dan rasa serabut dari semalam sudah hilang. Mungkin sikap Fattah yang bersahaja membuat dia lupa akan statusnya kini iaitu bergelar isteri yang sah kepada Muhammad Nur Fatttah bin Haji Kamaruddin.

“ Iyelah, iyelah.Kalau iye pun ingatlah sikit saya ni pun kawan awak jugak.” Omel Fattah sambil menepuk-nepuk bantalnya untuk tidur.

“Assalamualaikum Imani. Selamat malam.” Ucap Fattah sebelum menutup lampu tidur.

“Waalaikumussalam, Fattah. Selamat malam” balas Imani. Kedengaran dengkuran Fatah tidak sampai beberapa minit selepas mereka berdua mengucapkan selamat malam. 

Mata Imani masih belum mahu tidur. Fikirannya masih lagi terawang-awangan memikirkan akan hubungan dia dan Fattah. Bagaimana siang tadi Imani boleh bersanding dengan Fattah di atas pelamin? Kenapa mereka berinteraksi seperti sahabat karib? Dan paling penting sekali, bagaimana semua ini bermula? Ini kisah seorang gadis bernama Nur Imani dan Muhammad Nur  Fattah. Kisah bagaimana seorang gadis yang hidupnya hanya ingin mengejar cita-cita bertemu dengan si jejaka yang baik hati ini.
Couple on a bicycle

p/s: segala kriikan yang memberansangkan amatlah diharapkan unuk penambah baikan erita ini. Kerana saya bukan budak sastera tetapi budak pure sains yang suka sastera T-T

Lama tak berblog!

Lama rasanya tak tulis apa-apa di sini. Sibuk sangat dengan urusan kerja, study family sampai lupa. Novel drama semu tak baca dah. tapi sesekali ttengoklah satu dua episod drama melayu. Saya dikatakan bukan peminat drama Melayu. Bukan juga peminat drama Korea. Saya ttengok biala rasa saya rasa bes je.Kebelakangan ini banyakjuga drama Melayu yang diadapasi dari novel( maaf dah beberapa tahun dah adaptasi novel ni tapi saya sibuk sangat tak hengat dunia menyebabkan saya lupa haha). Saya suka sebenarnya apabila pengarah cuba membawa kisah novel ke layar perak akan tetapi saya juga idak suka sekiranya pengarah cuba mengubah, twist dan sewaktu dengannya cerita asal. Kalau twist jadi happening okayla. but they tend to make it lebih complicated. Sangat merapu bila saya lihat. Habis semua dibalunnya. dari sudut pemakaian,make up dan lain-lain membuatkan saya tak nak layan drama. dalam novel, writer selalu buat watak-watak simple je costume dia. tapi bila dah masuk dram, oh mak..sorry to say selera saya mati. I mean watak utama wanita yang bertudung selalunya simple je. berbaju t-shirt blouse labuh longgar. tetapi dalam drama? ketat , seluar besar tapi still nampak benuk-bentuknya. sangatlah tidak sesuai bagi wanita yang bertudung. tak nampak ayu dah gitu. Adoi membebel banyak la pula. Tapi saya ada post erita baru. cerita lama saya, fail-fail saya habis ditelan disc driver yangrosak makanya hilang sudah.nak sambung saya tak ingat. sudahnya baru sahaja.

Saturday 3 November 2012

Cerpen-Stethoscope


Cerpen: Stethoscope


“ Doktor Ainiyah, jom kahwin!” hampir tersembur jus oren yang baru hendak memasuki saluran asophagus Dr. Ainiyah tatkala mendengar kata-kata lelaki yang entah muncul dari mana.

 Tisu yang berada di sebelah gelas dicapai sambil matanya liar melihat ruang kantin Hospital Serdang, khuatir jika ada kakitangan hospital yang mendengar apa yang jurutera seorang ini katakan yang kini mengabil tempat di kerusi yang berhadapan dengannya. Boleh kecoh ni kalau dapat tahu dek mereka nanti. Dapat dibayangkan gosip doktor workaholic dilamar di kantin hospital tersebar nanti kerana mulut-mulut mereka. Ainiyah menarik nafas lega apabila melihat semua pengunjung kelihatan begiru asyik menjamu selera.

Saturday 27 October 2012

Buah Cinta edisi Aidil Adha


Edisi Aidil Adha

“Abang, betulke abang nak pergi jugak esok?”Tanya aku.

Hati masih lagi ragu-ragu dengan kenyataan suami aku ini petang tadi. Mahu membantu abah menyembelih lembu untuk dikorbankan sempena Hari Raya Qurban di masjid esok. Iyelah, cik abang ini orang bandar. Boleh ke buat kerja-kerja begini? Sedangkan disuruh membantu memasak lemang petang tadi pun, gayanya seperti bekerja di kilang arang kayu. Bercoreng muka penuh dengan arang kayu. Dapat di lihat wajah abang berkerut-kerut memandangnya. Pelukannya ditubuhku di renggangkan sedikit. Badannya yang sedang berbaring menghadapku turut diengsot kebelakang. Mungkin dia terasa pelik dengan soalanku tadi.

Tuesday 23 October 2012

Buah Cinta bab 3


Bab 3
Akhirnya terubat juga rindu untuk berjumpa sahabat-sahabat serta junior-junior di kolej kediaman aku dahulu. Ruang bilik TV di blok penginapan riuh rendah dengan suara-suara kami. Aku mengambil keputusan untuk menyewa bilik di sana kerana aku perlu mengambil jubah konvo yang akan diserahkan dua hari lebih awal dari hari majlis konvokesyen. Makanya berjumpalah aku dengan mereka semua ini. Nur, Kak Wana, Ain, dan aku menumpang di blok Masria. Keluarga aku pula menumpang di rumah ibu saudara aku yang berada di Klang. Pagi hari Ahad nanti mereka semua akan datang untuk melihat aku menerima segulung ijazah. Hehehe bangganya.

TIdakkk...Saya tak faham huhuhuhu

Huhuhu...hari ni demam so mood tak berapa baik la...Kelas hari ni terpaksa hadir juga sebab saya ada lab..Tapi yang saya nak tulis di sini bukanlah berkenaan demam ke...kelas ke...or lecturer..but about my blog...