Saturday 3 November 2012

Cerpen-Stethoscope


Cerpen: Stethoscope


“ Doktor Ainiyah, jom kahwin!” hampir tersembur jus oren yang baru hendak memasuki saluran asophagus Dr. Ainiyah tatkala mendengar kata-kata lelaki yang entah muncul dari mana.

 Tisu yang berada di sebelah gelas dicapai sambil matanya liar melihat ruang kantin Hospital Serdang, khuatir jika ada kakitangan hospital yang mendengar apa yang jurutera seorang ini katakan yang kini mengabil tempat di kerusi yang berhadapan dengannya. Boleh kecoh ni kalau dapat tahu dek mereka nanti. Dapat dibayangkan gosip doktor workaholic dilamar di kantin hospital tersebar nanti kerana mulut-mulut mereka. Ainiyah menarik nafas lega apabila melihat semua pengunjung kelihatan begiru asyik menjamu selera.