Prolog
Imani termangu di bilik tidur barunya. Perabot mewah
dan hiasan dalaman yang cantik umpama kamar beradu sang raja bukanlah sebab utama yang menyebabkan dia merenung
jauh ke luar alam akan tetapi bunyi
pancuran air dari bilik mandi di bilik itu. Sesekali terkeluar keluhan dari
mulutnya tanpa sedar. Seketika kemudiannya terdengar pancuran air berhenti
diikuti bunyi pintu dibuka setelah beberapa minit kemudiannya. Cepat-cepat
Imani berbaring di atas katil, berpura-pura seperti dia sedang tidur. Sesekali matanya mencuri untuk melihat susuk
tubuh yang sedang menyalin pakaian.
‘ Ah, habis aku kalau tuan punya badan ni tahu yang aku
tengah mengendap.’ Detik hati Imani
sambil memejam matanya rapat-rapat. Mana taknya, ada ke patut seorang anak dara
mencuri pandang anak teruna orang? Tengah salin baju pulak tu. Boleh tahan gatal kan aku ni!
“Alamak, lipas atas katil!”
“Apa! Lipas? Mana mana? Mana lipasnya?” kelam kabut
Imani bangun dari katil. Eeww dia tak suka lipas. Geli! Teringat dulu lipas
termasuk dalam baju kurung kesayangannya. Terus di buangnya baju itu. Lipas
dengan Imani? Enemies forever. Imani
memandang si teruna tadi yang sudah lengkap berpakaian untuk bertanya tentang
kelibat musuhnya itu tetapi melihatkan
jejaka itu sedang ketawa di lantai, tahulah dia yang sudah dikenakan.
“Apa ni Muhammad Nur Fattah! Awak mainkan saya ya?”
marah Imani. Berdongkol-dongkol rasa
geram dalam hatinya apabila dipermainkan. Jangan dibuat main dengan LIPAS!
Habis hilang rasa gelisah yang menghuni hatinya diganti dengan rasa geram pada
Fattah.
Fattah cuba menghabiskan sisa-sisa tawanya namun
tatkala melihat wajah Imani yang merona merah, tawanya terhambur kembali. “
Sorry, sorry saya tak sengaja tapi saya sengaja. Awak berlakon tidur tapi
curi-curi pandang saya tu yang saya menyakat. Yang lawaknya awak melompat turun
katil”
Fattah ketawa mengekeh. Kalau tadi wajah Imani merah kerana marah, kini
terasa wajahnya hangat kerana malu. Kenapa boleh lupa yang dia tengah berlakon
tidur ni? Rasa nak ketuk-ketuk kepalanya. Aduh, malu mak. Imani malu.
“ Eh mana ada saya berlakon? Pandai-pandai je awak
ni”
“Ah, tak payah nak tipu sangatlah. Saya nampak mata
awak bergerak-gerak. Siap mengomel lagi. Apa awak cakap ye? Habis awak kalau
saya tahu awak tengah mengendap? “ ujar Fattah sambil tersengih memegang
dagunya.
Imani menutup
wa jahnya dengan kedua-dua tangannya. Malu sungguh. Bukan aku cakap dalam hati
ke tadi. Habis malu aku. Mamat ni pun kalau dah tahu aku berlakon tidur cakap
je la dari awal. Saja je dia nak kenakan aku.
“Okay. Okay. Saya tak gelakkan awak lagi dah. Mari
duduk dekat sini” Fattah melabuhkan duduknya di atas katil sambil menepuk-nepuk
tempat disebelahnya.
“Malaslah. Awak ni nakal. Suka menyakat saya.” Rajuk
Imani. Tidak, dia tak merajuk pun tetapi lebih ke arah dia malu sebab kantoi!
“Aik, dengan kawan sendiri pun nak merajuk ke? Cik
Imani yang baik hati, yang pandai masak, yang cantik rupawan. Mari duduk sini.
Jangan merajuk lagi ya” pujuk Fattah dengan sengeh seperti kerang busuk. Ah
lelaki ini kalau bab mengambil hati memang nombor satu! Kalah lagi hero-hero
dalam drama Melayu di TV 3 setiap hari sabtu dan ahad itu. Perlahan saja Imani
menurut pujukan Fattah. Ruang duduk di sebelah Fattah di isinya.
“Mujur saya ni baik hati tau. Kalau tidak lama dah
saya sekeh kepala awak tahu!”
“Eh jangan . Tak baik buat suami awak macam tu.
Berdosa okay.” Fattah membuat muka sedih namun Imani hanya menjelir lidah
padanya.
“Suami konon. Perasan lah awak ni. Dahlah tidur.
Esok-esok pagi kita kena bangun. Kena kemas lagi pinggan mangkuk, periuk,
belanga yang dah dibasuh petang tadi” kali ini Imani terus memanjat katil
mengambil tempat untuk tidur. Ah, entah kenapa gelisah dan rasa serabut dari
semalam sudah hilang. Mungkin sikap Fattah yang bersahaja membuat dia lupa akan
statusnya kini iaitu bergelar isteri yang sah kepada Muhammad Nur Fatttah bin
Haji Kamaruddin.
“ Iyelah, iyelah.Kalau iye pun ingatlah sikit saya
ni pun kawan awak jugak.” Omel Fattah sambil menepuk-nepuk bantalnya untuk
tidur.
“Assalamualaikum Imani. Selamat malam.” Ucap Fattah
sebelum menutup lampu tidur.
“Waalaikumussalam, Fattah. Selamat malam” balas
Imani. Kedengaran dengkuran Fatah tidak sampai beberapa minit selepas mereka
berdua mengucapkan selamat malam.
Mata Imani masih belum mahu tidur. Fikirannya
masih lagi terawang-awangan memikirkan akan hubungan dia dan Fattah. Bagaimana
siang tadi Imani boleh bersanding dengan Fattah di atas pelamin? Kenapa mereka
berinteraksi seperti sahabat karib? Dan paling penting sekali, bagaimana semua
ini bermula? Ini kisah seorang gadis bernama Nur Imani dan Muhammad Nur Fattah. Kisah bagaimana seorang gadis yang
hidupnya hanya ingin mengejar cita-cita bertemu dengan si jejaka yang baik hati
ini.
p/s: segala kriikan yang memberansangkan amatlah diharapkan unuk penambah baikan erita ini. Kerana saya bukan budak sastera tetapi budak pure sains yang suka sastera T-T
No comments:
Post a Comment