Satu Tahun Jatuh Cinta Bab 1: Bahagian 1
"Eh, nak pergi dah ke? Mari la makan dulu." Tegur Mak Limah tatkala melihat Imani terkocoh-kocoh memakai kasut sarungnnya. Nasi goreng sudah disenduk ke dalam pingan hanya menunggu anak daranya untuk makan sahaja.
"Tak boleh mak, sorry. Imani lupa hari ini Imani ada meeting dengan clients pkul 10. Tak boleh lambat" Imani meminta maaf. Rasa bersalah kerana tidak bersarapan. Semalam pun begitu juga kerana terlewat bangun disebabkan tidak cukup tidur.
Semuanya gara-gara Ramlee Sarkis tu. Ada ke patut projek perumahan di Klang yang sepatutnya diuruskan oleh mereka berdua diserahkan bulat-bulat kepadanya. Apabila ditanya mengapa, alasannya hanya satu, dia ketua dan Imani anak buahnya. Apa ingat aku ni kuli boleh disuruh sesuka hati!
Mak Limah hanya mampu menggeleng kepala. Perlahan-lahan nasi yang dihidangkan untuk anak gadisnya itu dimasukkan kembali kedalam mangkuk.
"Mak, janganlah merajuk. Imani betul-betul minta maaf. InsyaAllah kita sarapan sama-sama ye esok." Pujuk Imani dengan wajah sedih. Dia betul-betul rasa bersalah yang amat. Huh jangan buat ibu terasa hati. Alamat tak masuk syurga tu.
"Huh, tak ada masa mak nak merajuk. Nah, mak dah siapkan bekal makanan. Mak tahu akan jadi begini. Nanti sampai office makan tau." Huluran bekas makanan dari Mak Limah disambut. Terasa lega. Mujur ada ibunya Memang tahu-tahu je.
" Terima kasih mak. Ni yang sayang lebih ni " tangan ibunya digapai untuk disalami dan bertalu-talu ciuman diberi di pipi kanan dan kiri ibunya. Mak Limah menolak anak gadisnya. Rimas pula dibuatnya. Sempat pula dia nak mengusik sedangkan tadi kelam kabut hendak ke pejabat.
"Dah, dah. Isy rimas aku. Tak padan dengan umur. Cepat pergi kerja. Tadi kata dah lambat."
"Okay,okay. Imani pergi dulu ya. Oh, lupa pulak. Mak tolong kejutkan Islah pukul 9.30 pagi nanti. Katanya ada mesyuarat jugak pukul 11 nanti." Pesan Imani sebelum menutup pintu kereta.
"Iyalah. Nanti mak kejut dia. Hati-hati bawa kereta tu" ujar Mak Limah sambil memerhati kereta MyVi anaknya menyusur keluar dari halaman rumah mereka dan kelihatan anaknya itu melambai tangannya sebelum pergi.
Tiba-tiba terdetik rasa sedih di hatinya melihatkan kehidupan Imani. Gigih mencari rezeki untuk kebahagiaan mereka bertiga anak-beranak sedangkan umurnya sudah menganjak usia yang sesuai untuk memiliki keluarga sendiri. Masih mahu menjadi tonggak keluarga walaupun adik lelakinya sudah mampu untuk menjaga mereka bertiga.
"Imani, Imani. Bila lagi kamu hendak bertegas untuk jadi ketua keluarga. Semoga terbuka pintu hati kamu untuk terima kehadiran seorang lelaki dalam hidup kamu" keluh Mak Limah sebelum menutup pintu rumah.
No comments:
Post a Comment