Saturday, 27 October 2012

Buah Cinta edisi Aidil Adha


Edisi Aidil Adha

“Abang, betulke abang nak pergi jugak esok?”Tanya aku.

Hati masih lagi ragu-ragu dengan kenyataan suami aku ini petang tadi. Mahu membantu abah menyembelih lembu untuk dikorbankan sempena Hari Raya Qurban di masjid esok. Iyelah, cik abang ini orang bandar. Boleh ke buat kerja-kerja begini? Sedangkan disuruh membantu memasak lemang petang tadi pun, gayanya seperti bekerja di kilang arang kayu. Bercoreng muka penuh dengan arang kayu. Dapat di lihat wajah abang berkerut-kerut memandangnya. Pelukannya ditubuhku di renggangkan sedikit. Badannya yang sedang berbaring menghadapku turut diengsot kebelakang. Mungkin dia terasa pelik dengan soalanku tadi.

Tuesday, 23 October 2012

Buah Cinta bab 3


Bab 3
Akhirnya terubat juga rindu untuk berjumpa sahabat-sahabat serta junior-junior di kolej kediaman aku dahulu. Ruang bilik TV di blok penginapan riuh rendah dengan suara-suara kami. Aku mengambil keputusan untuk menyewa bilik di sana kerana aku perlu mengambil jubah konvo yang akan diserahkan dua hari lebih awal dari hari majlis konvokesyen. Makanya berjumpalah aku dengan mereka semua ini. Nur, Kak Wana, Ain, dan aku menumpang di blok Masria. Keluarga aku pula menumpang di rumah ibu saudara aku yang berada di Klang. Pagi hari Ahad nanti mereka semua akan datang untuk melihat aku menerima segulung ijazah. Hehehe bangganya.

TIdakkk...Saya tak faham huhuhuhu

Huhuhu...hari ni demam so mood tak berapa baik la...Kelas hari ni terpaksa hadir juga sebab saya ada lab..Tapi yang saya nak tulis di sini bukanlah berkenaan demam ke...kelas ke...or lecturer..but about my blog...

Sunday, 21 October 2012

Kehilangan Lagi


Hari Jumaat minggu lepas saya pulang ke kampung yang berada di Perak. Maaf ye saya bukan dari daerah Usop WheelCha tu. Tapi nak masuk belah utara dah pun. Bunyik loghat Kedah pun dah ada. Berbalik kepada cerita tadi. Saya pulang ke kampung dan jeng-jeng...lepas salam dengan mak ayah terus saya pergi jenguk Coleslaw.Bukan salad KFC tuh sebaliknya haiwan peliharaan abang saya. Sedap tak ibu saya bagi nama. Abang saya bela arnab. Comel-comel je. Kesemuanya baka berbulu panjang. Tapi yang itu bela kat luar rumah je la. Abang saya ada bela seekor dalam rumah yang berwarna coklat. Sebabnya.. yang seekor ni memang jinak sangat. Goncang je beg plastik melompat dia penuh ke arah beg plastik tersebut menyangkakan ada makanan. Istimewanya lagi dia ada satu telinga je. Itulah sebabnya abang saya bela dalam rumah. Kesian telinga tak de satu ye..Salahkan ibunya kerana menggigit telinga beliau. Coleslaw ni ikut perangai sebijik macam abang angkatnya iaitu si kucing, Nazrin a.k.a Neng. Suka sangat berlari dengan teruja bila dengar bunyik plastik. Suara pun dah tak macam kucing jantan tapi macam suara kucing betina. Manja sangat.
                                               
                                                                gambar Neng yang di ambil oleh adik saya

Alkisah nak dijadikan cerita. Sedang saya bermain dengan Coleslaw ayah saya berkata perlahan dekat saya sambil membetulkan kain pelikatnya.
          "Ni, abah nak beritahu nih."
          "Apa dia, Abah?" soal saya balik.Tangan ni tengah galak menggosok- gosok Coleslaw.
          "Neng dah mati. Kena langgar ngan kereta kat jalan raya" terus tangan saya terhenti. Tak tahu nak cakap apa. Rasa sebu je kat dalam hati. Patutlah tak dengar suara dia lansung. Nak menangis pun tak boleh sebab ntah..tak leh nak cakap. tak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Hari tu, tiga hari saya  duduk di rumah, tiga hari jugak rumah rasa sunyi yang teramat. Mujur ada Coleslaw yang berperangai macam arwah Nazrin tp still dia tak boleh mengiaw macam Nazrin makanya sunyi jugaklah. Tiga hari saya sebut tentang Nazrin je. Satu family rasa sunyi...Huhuhuhu Nazrin tuan kau susah nak menerima berita ini, tapi terpaksa jugak melepaskan engkau pergi. Yela mati itu pasti. Nanti InsyaAllah kita akan bertemu kembali dalam alam yang kekal.

Budak baru belajar


Assalamualaikum dan selamat pagi. Akhirnya saya masuk buat jugak blok ni. Dulu saya ada blog tapi tak pernah open pun. sebabnya itu first time saya gatal tangan nak buat hehehe. Di harap dengan blog ni boleh lah saya tulis macam-macam ye idak?Terima kasih sesiapa yang sudi menjenguk. Kalau rasa tak best maaflah. budak baru nak belajar menulis ..kekekeke
                                                       Teruja sangat hehehe
                                                          to encik Google