Hari Jumaat minggu lepas saya pulang ke kampung yang berada di Perak. Maaf ye saya bukan dari daerah Usop WheelCha tu. Tapi nak masuk belah utara dah pun. Bunyik loghat Kedah pun dah ada. Berbalik kepada cerita tadi. Saya pulang ke kampung dan jeng-jeng...lepas salam dengan mak ayah terus saya pergi jenguk Coleslaw.Bukan salad KFC tuh sebaliknya haiwan peliharaan abang saya. Sedap tak ibu saya bagi nama. Abang saya bela arnab. Comel-comel je. Kesemuanya baka berbulu panjang. Tapi yang itu bela kat luar rumah je la. Abang saya ada bela seekor dalam rumah yang berwarna coklat. Sebabnya.. yang seekor ni memang jinak sangat. Goncang je beg plastik melompat dia penuh ke arah beg plastik tersebut menyangkakan ada makanan. Istimewanya lagi dia ada satu telinga je. Itulah sebabnya abang saya bela dalam rumah. Kesian telinga tak de satu ye..Salahkan ibunya kerana menggigit telinga beliau. Coleslaw ni ikut perangai sebijik macam abang angkatnya iaitu si kucing, Nazrin a.k.a Neng. Suka sangat berlari dengan teruja bila dengar bunyik plastik. Suara pun dah tak macam kucing jantan tapi macam suara kucing betina. Manja sangat.
gambar Neng yang di ambil oleh adik saya
Alkisah nak dijadikan cerita. Sedang saya bermain dengan Coleslaw ayah saya berkata perlahan dekat saya sambil membetulkan kain pelikatnya.
"Ni, abah nak beritahu nih."
"Apa dia, Abah?" soal saya balik.Tangan ni tengah galak menggosok- gosok Coleslaw.
"Neng dah mati. Kena langgar ngan kereta kat jalan raya" terus tangan saya terhenti. Tak tahu nak cakap apa. Rasa sebu je kat dalam hati. Patutlah tak dengar suara dia lansung. Nak menangis pun tak boleh sebab ntah..tak leh nak cakap. tak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Hari tu, tiga hari saya duduk di rumah, tiga hari jugak rumah rasa sunyi yang teramat. Mujur ada Coleslaw yang berperangai macam arwah Nazrin tp still dia tak boleh mengiaw macam Nazrin makanya sunyi jugaklah. Tiga hari saya sebut tentang Nazrin je. Satu family rasa sunyi...Huhuhuhu Nazrin tuan kau susah nak menerima berita ini, tapi terpaksa jugak melepaskan engkau pergi. Yela mati itu pasti. Nanti InsyaAllah kita akan bertemu kembali dalam alam yang kekal.
No comments:
Post a Comment