Edisi Aidil Adha
“Abang, betulke abang nak pergi jugak esok?”Tanya aku.
Hati masih lagi ragu-ragu dengan
kenyataan suami aku ini petang tadi. Mahu membantu abah menyembelih lembu untuk
dikorbankan sempena Hari Raya Qurban di masjid esok. Iyelah, cik abang ini
orang bandar. Boleh ke buat kerja-kerja begini? Sedangkan disuruh membantu
memasak lemang petang tadi pun, gayanya seperti bekerja di kilang arang kayu.
Bercoreng muka penuh dengan arang kayu. Dapat di lihat wajah abang
berkerut-kerut memandangnya. Pelukannya ditubuhku di renggangkan sedikit.
Badannya yang sedang berbaring menghadapku turut diengsot kebelakang. Mungkin
dia terasa pelik dengan soalanku tadi.
“Kenapa pula?Abang tak boleh ikut ker?”
“Eh, boleh je abang nak ikut. Tapi abang berani ke nak
pegang lembu?”soal aku kembali sambil tersenyum. Dulu, waktu Abang Zam ajak
tolong sembelih ayam, mata abang asyik terpejam rapat sahaja, sedangkan tangan
memegang kemas kepala ayam. Lucu melihat gelagatnya ketika itu. Hampir seminggu
juga jadi bahan usikan abang-abang aku.
“Eh, abang boleh buatlah. Abang kalau dengan lembu tak ada
masalah.” Oohh, cakap besar ye. Tak ape kita tengok esok. Nanti kena suruh abah
tengok dia.. dia berani ke tak. Terasa ingin ketawa apabila melihat gaya suami
aku ini yang cuba mendabik dada.
“Sayang..”
“Iye bang” Terasa sunyi pula suasana bilik tidur mereka. Sesekali
terdengar dengkuran halus bayiku, Asyraf
di katil bayi disudut bilik tidak jauh dari katil mereka. Jam di sisi katil
sudah menunjukkan angka 1 pagi. Mata juga mula terasa berat. Lelah membantu ibu
dan kakak ipar aku memasak siang tadi masih lagi terasa.
“Sayang nak tahu satu rahsia tak?”
“Eh, rahsia apa?” butir-butir kata dari abang itu terus
menarik minatku dan serta-merta mataku terasa segar.
“Emm.. sebenarnya Abang dah lama kenal Nurul sebelum abang
jumpa Nurul di kedai universiti lagi.” Luahnya.
“ Jadi, di universiti
tu bukan kali pertama la yek. Masa bila tu? Berapa umur Fara waktu tu? Dekat
mana? Dengan siapa waktu tu?” bertubi-tubi soalan dilontarkan olehku seumpama
peluru dari Machinegun. Kedengaran ketawa kecil dari mulut abang. Pelukan di
tubuhku di eratkan kembali.
“Hai, kalau banyak soalan macam ni, mana satu yang abang
kena jawab.”
“Ala, beritahulah. Bila tu?” rengekku. Hai sejak berkahwin
berkahwin dengan cik abang ni, mulutku ini ringan sahaja nak merengek-rengek.
Kalau dulu ketika bujang, maklah yang jadi mangsa.
“Waktu itu rasanya Nurul Farahin ni tengah semester break.
Alaa..macam biasalah. Kalau semester break Nurul selalu buat apa?” kali ini abang
mendugaku pula. Kalau semester break, of course la aku dengan kedai buah Abang
Paan tu. Mencari duit poket dengan membantunya berniaga. Jadi, apa kena mengena
abang dengan kedai buah Abang Paan?
"Berniagalah"
"so?" soal abang lagi.
“Nurul tak dapat tangkap lagi ker?” Aku menggeleng-geleng
kepala. Sungguh! Aku tak dapat nak relate pertemuan antara aku dan suamiku
dengan kedai buah Abang Paan.
“Macam mana yek, abang nak cerita?” Abang menarik nafas
sambil memejam mata. Mungkin ingin mengingati butiran kisah lama itu.
“Dulu, abang ni boleh juga dikatakan permanent customer
kedai Abang Paan tu” cerita abang menarik minatku. Cuba mengingati mana-mana
customer yang selalu jadi pelanggan tetap kedai itu.
“Tak payahlah Nurul nak cuba ingat. Nurul ni bab nak ingat
orang ni memang fail walaupun baru jumpa tiga hari lepas” sindir abang. Aku
tersengeh malu. Memang betul. Memang susah aku nak ingat muka pelanggan pun.
Yela, bukan satu dua orang yang jadi pelanggan tapi berpuluh-puluh orang.
Manala dapat aku ingat wajah mereka satu persatu.
“Ketika itu abang baru frust dengan proposal projek pertama
abang di syarikat. Papa suruh abang buat lain proposal tu. Memang abang kecewa
gila. So, abang pun pulang kembali ke anak syarikat papa yang berada di Pulau
Pinang tu. Waktu itulah, abang singgah di RnR dan kenal isteri abang ni.”
Beritahu abang sambil tangannya gatal mencubit pipi aku. Aduiii sakitlah ayang.
Memuncung saja bibir aku mengaduh kesakitan sambil menggosok-gosok pipiku.
“Abang terasa nak lepas geram sangat, so abang pun pergilah
tengok kedai Abang Paan tu. Waktu tu, Nurul dengan siapa waktu tu? Ala pekerja
budak perempuan yang berhenti dah tu. Ros..Rosnalidawati ke namanya.”
“Rossalwati” betulku. Terbelit-belit lidah abang
menyebutnya.
“ Ha, Rossalwati namanya. Tapi Rossalwati kena potong buah, jadi
Nurul je yang duduk di hadapan melayan pelanggan. Abang kata abang nak beli
buah. Jadi, abang suruh Nurul yang pilih buah untuk abang. Jadi, Nurul pun
pilih buah jambu batu. Abang beli banyak sampai 10 kilo just untuk lepas geram
sebab frust tentang projek.” Aku khusyuk mendengar ceritanya.
Memang dah jadi sifat dia, kalau
frust je beli benda banyak padahal bukan makan atau pakai pun. Orang banyak
duit katakan. Tapi sejak dia berkahwin dengan aku ni sedikit sebanyak sifat itu
dapat dikikis. Iyelah beli banyak-banyak tapi tak guna kan amalan syaitan.
Membazir.
Namun, kadang-kadang keluar juga
sifat lama tu, tapi dia beli barang yang orang lain pakaila. Contohnya, dia
beli novel sebanyak 10 buah untuk adik perempuanku ketika dia frust tidak dapat
ikut abang-abangku memancing dek kerna kesibukan kerjanya. Apalagi mengamuk tak
sudah aku. Perangai macam budak kecik. Padahal, hampir tiap-tiap bulan dia ikut
abang-abangku memancing atau menjala. Fadilah pula seronok kemain dan dia kata
kalau macam inilah gayanya abang iparnya itu, dia nak doa abang iparnya frust
memanjang. Amboi, bertuah punya adik.
“ Abang pun bayar duit tapi abang tak ambil pun baki.
Apalagi Nurul pun kejar la abang sampai ke kereta nak beri baki duit. Abang tak
nak terima duit tu. Abang cakap abang beli buah tu pun sebab abang nak lepas
tension je bukan nak makan. “ Aik macam aku ingat je cerita nih. Jap-jap..Ha!
ini ke mamat cina kerek tuh. Dah ingat dah.
“Oh, abang ke mamat cina kerek, sombong bajet kaya tuh”Oops
terlepas sudah. Laju tanganku menutup mulutku. Mulut tak ada insurans lansung.
Macam nak terkeluar biji mata abang. Hehehehe sorry bang terlepas. Aku hanya
mampu tersengeh.
“Nurul panggil abang apa tadi?”
“Tak ada apa.Mana ada?” Nafiku. Padahal suaraku tadi agak
kuat juga.
“Baik, Nurul cakap sebelum abang kerjakan sayang. Sayang nak
ke?” ugutnya. Laju aku menggeleng kepala.
“Nurul panggil abang mamat cina kerek, sombong, bajet kaya
lagi perasan handsome”tuturku perlahan. Aik, macam ada penambahan ayat je.
“Ooh pandai ya kutuk abang” bertalu-talu ciuman di pipiku
sampai lemas aku dibuatnya.
“Bukan salah Nurul pun. Abang yang sombong sangat. Lagipun,
Nurul tak kenal abang lagi waktu tuh. Bolehla Nurul kata macam tu. Sekarang tak
lagi dah.” Bela aku. Tubuhnya aku tolak
perlahan. Abang mengukir senyum, puas hati kot dengan jawapan yang diberikan
aku.
“Okey,abang maafkan.
Nurul ingat apa yang Nurul cakap?”aku menggeleng. Masakan aku ingat kisah lama,
yang aku rasakan tidak penting kecuali perangai suamiku yang agak sombong
ketika itu. Iyelah, first time kot dapat customer paling kerek dalam Malaysia.
Beli buah just untuk release tension. Makan tak pun.
“Nurul dengan
beraninya cakap yang abang ni orang kaya yang tak reti nak hargai erti wang.
Nurul cakap lagi kalau orang lain nak dapat sehelai duit seringgit pun susah.
Abang ni Cuma tahu menghabiskan duit mak ayah je. Bukan semua boleh di beli
dengan wang. Nurul suruh abang cari cara lain untuk release tension dari
membazir membeli benda yang abang tak pakai. Lepas tu, terus Nurul tinggalkan
abang dan duit baki tu Nurul selitkan di tempat pengelap cermin” Panjang lebar
abang bercerita.
Huh, berani jugak ye aku dulu.
Selamba je cakap. Eleh tak sedar diri ke yang sekarang pun kadang-kadang macam
tu jugak. Sejak mengandungkan Asyraf, perangai itu cuba aku tutup rapat kerana
aku kan dah jadi isteri orang. Dah jadi ibu pun. Kena jugak jaga maruah suamiku. Dulu bolehla.
Fikir diri sendiri je kalau family takde berdekatan.
“Abang terkedu jugak, waktu tu. Abang mana pernah jumpa
orang berniaga cakap lepas je. Orang yang berniaga kan selalunya pegang prinsip
pelanggan sentiasa betul. Tapi itu yang buat abang nak kenal Nurul. Lepas peristiwa tu, setiap kali abang pulang dari
K.L nak ke Pulau Pinang, abang mesti singgah di kedai Abang Paan. Tapi Nurul
jarang la nak layan lebih-lebih abang ni. Muka abang pun Nurul tak
ingat”Akhirnya terbongkar juga rahsia ini.
Patutlah, gaya abang ketika
menolong Abang Paan berniaga selama ini macam expert je. Aku ingatkan orang
yang yang bekerja dalam pentadbiran ni memang expert bab-bab berniaga.
Rupa-rupanya tidak juga.
“Alhamdulillah, akhirnya Nurul jadi juga milik abang. Kali
ini, abang tak akan lepaskan Nurul lagi”janji Mohd Adam Haizal Tee.
Aku hanya
tersenyum senang dalam pelukannya. Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan atas kebahagiaan
ini. Terima kasih kerana melengkapkan hidupku dengan suami yang penyayang serta
zuriat yang comel ini. Terima kasih. Esok Hari Raya Qurban kali pertama aku
sambut sebagai isteri Mohd adam Haizal Tee bakal menjelang. Terasa lengkap
akhirnya hidupku ini. Malam itu, aku tidur lena dalam pelukan kemas suami diulit mimpi-mimpi indah.
No comments:
Post a Comment