Bab 3
Akhirnya terubat juga rindu untuk berjumpa sahabat-sahabat
serta junior-junior di kolej kediaman aku dahulu. Ruang bilik TV di blok
penginapan riuh rendah dengan suara-suara kami. Aku mengambil keputusan untuk
menyewa bilik di sana kerana aku perlu mengambil jubah konvo yang akan
diserahkan dua hari lebih awal dari hari majlis konvokesyen. Makanya
berjumpalah aku dengan mereka semua ini. Nur, Kak Wana, Ain, dan aku menumpang
di blok Masria. Keluarga aku pula menumpang di rumah ibu saudara aku yang
berada di Klang. Pagi hari Ahad nanti mereka semua akan datang untuk melihat
aku menerima segulung ijazah. Hehehe bangganya.
“Waahh..Ain.
Tak sangka kau ye? Diah-diam ubi berisi banyak, rupa-rupanya kita orang dah nak
makan nasi minyak.” Usik Nur dengan pantun yang direkanya. Ain pula
tersipu-sipu malu dan dapat dilihat di wajahnya yang hitam manis itu berona
merah. Aku, Kak Wana dan adik-adik yang lain turut ketawa melihat kelakuan Ain.
“Ish,
janganlah macam tu. Malu aku tau”ujar Ain sambil tangannya ligat untuk mencubit
Nur.
“Iyelah Kak
Ain, tak sangka Kak Ain yang dulunya brutal dah berubah jadi sikit punya ayu
dalam masa tiga bulan je . Tambah-tambah lagi bila dapat tahu Kak Ain jemput kita
orang di Facebook untuk pergi kenduri kahwin akak. Kecoh satu kolej tau kak.” Giliran Sha pula mengusik Ain. Junior-junior
lain turut mengiakannya.
Yelah, siapa yang tidak terkejut jika gadis yang duduk
bersimpuh di hadapanku ini dahulunya seorang yang agak kasar di tambah pula
dengan rambut yang di potong pendek, kini berubah dengan kehadiran tudung di
kepala dan berbaju kurung. Sedangkan dahulu, pakaian itu dipakai apabila ada
perasmian atau majlis-majlis keagamaan sahaja. Aku lihat Ain menarik nafas
panjang, mungkin ingin menjelaskan perubahan yang berlaku ke atas dirinya yang
sudah sedia aku maklum memandangkan aku sahabat yang paling lama berada di
sampingnya semenjak kaki aku ini melangkah masuk ke alam universiti.
“Alhamdulillah,
pendirian akak terhadap perubahan yang berlaku ini masih lagi utuh dan akak
cuba beristiqamah. Benarlah ada orang kat nak berubah itu mudah tetapi untuk
istiqamah itu memerlukan tekad yang kuat dan akak bersyukur tekad akak masih
lagi kuat..”ujar Ain. Matanya kelihatan berkaca-kaca. Mungkin menahan sebak.
“Akak tahu
akak dahulu bukanlah seorang yang baik. Akak banyak buat benda tak elok.
Berpeleseran dengan kawan-kawan lelaki, balik malam dan macam-macam lagi yang
adik-adik dengar. Namun, jauh di sudut hati akak ketika itu akak terasa kosong.
Akak sentiasa rasa tidak puas dengan apa yang akak lakukan. Hati akak sentiasa
memberontak untuk mencari ketenangan dan apa yang akak lakukan ialah dengan
keseronokan duniawi. Sehinggalah ayah akak masuk ke hospital, seminggu selepas
akak tamat pengajian…” kali ini air mata Ain sudah mengalir di pipi. Kesemua
junior mendiamkan diri,terkaku dengan keadaan senior mereka itu. Aku
menggenggam erat tangan Ain bagi menenangkan perasannya manakala Kak Wana
menggosok-gosok belakang tubuh Ain.
“Waktu
itulah baru akak tahu, selama ini ayah akak menderita sakit jantung. Ketika
akak bersuka ria di universiti, ayah akak di rumah sedang memegang dada kerana
sakit. Akak anak yang derhaka adik-adik. Banyak cerita tidak enak sampai kepada
ayah tentang akak. Tapi ayah akak masih cuba bersabar dan tidak jemu menasihati
akak. Kalau orang lain, sudah ditengkingnya anak mereka atau paling teruk
dihalau dari rumah, tapi tidak ayah akak. Ayah akak seorang yang lembut
hatinya. Dia tidak mudah melatah.”Cerita Ain terhenti seketika. Memberi ruang
kepada dirinya untuk bernafas.
“Ketika akak
dapat tahu ayah akak dimasukkan ke hospital, akak tengah berada di pusat
hiburan dengan kawan-kawan akak. Waktu itu gelap dunia akak bila diberitahu
tentang apa yang berlaku. Akak terkedu ,Sya. Sepanjang perjalanan ke hospital,
fikiran akak memikirkan perkara buruk yang bakal terjadi. Akak berasa bersalah kerana sepanjang akak
dewasa ini, akak masih tidak berkesempatan membalas jasa ayah aku. Akak
menangis seperti tiada hari esok. Ketika itu barulah akak teringat Allah.
Barulah akak terasa kerdil di pandangan Allah. Kerana tiada siapa yang mampu
menyelamatkan ayah akak melainkan Allah sahaja. Hati akak sentiasa berdoa akan
keselamatan ayah akak. Doa..Dengan rasa tidak malunya akak memohon pertolongan
Allah sedangkan dahulu akak angkuh dan sombong dengan Sang Pencipta. Mulut ini
ketika itu terkumat-kamit memohon dimakbulkan doa akak dan Alhamdulillah
akhirnya doa akak dimakbulkan. Sesungguhnya Allah itu mendengar rintihan
hambanya. Perasaan akak ketika itu teramat malu. Sangat malu dengan apa yang
akak lakukan dahulu. Dan sejak hari itu akak berjanji yang akak akan berubah.
Dalam perjalanan menuju perubahan inilah, Allah menghadiahkan hadiah yang tidak
disangka dengan memberikan jodoh dan pekerjaan kepada akak. Allah itu Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang ,adik-adik. Jikalau kita membuat satu perkara yang
disukaiNya ,berlipat ganda hadiah yang diberikanNya kepada kita…”
Suasana
sunyi menyelubungi ruangan bilik TV itu setelah Ain menamatkan ceritanya.
Terdengar esakan kecil dari dua orang junior di sebelah kanan aku. Kali pertama
aku mendengar cerita Ain di talian telefon dahulu, aku turut menangis . Kalau
aku ditempatnya ketika itu mungkin aku tidak kuat untuk menghadapinya tapi Ain
seorang yang tabah.
“Hei, kenapa
menangis adik-adik akak nih. Tak cun la macam ni” usik Ain sambil mengesat air
matanya sedang dialah punca suasana itu terjadi tadi.
“Sedih la
kak. Tabahnya akak kan?” Azwa besuara namun kedengaran serak di pendengaran
aku. Ain hanya tersenyum.
“Kadang-kadang
Allah beri berbagai-bagai jenis ujian kepada kita adik-adik sekalian mengikut
kemampuan kita menghadapinya. Ketika inilah kita dapat merenung kembali
kekurangan yang terdapat dalam diri kita. Semakin tinggi iman seseorang,
semakin berat ujian yang dihadapinya bagi mengukur tahap keimannya. Seperti
kita juga dalam perperiksaan, kalau kita lulus kita akan dapat gred yang bagus,
dan jika kita gagal kita perlu ambil peperiksaan semula. Ini juga yang berlaku
dalam kehidupan reality kita. Kak Ain dapat menghadapi ujiannya dengan tabah
dan ganjarannya Allah membuka pintu hatinya untuk berubah, InsyaAllah. Jika
kita gagal jangan sesekali kita mengeluh sebaliknya renungkanlah diri kita ini
kerana Allah itu Adil adik-adik kerana apa sahaja ujian yang diberikan itu
adalah mengikut kemampuan diri sendiri.” Terang panjang lebar Kak Wana. Aku,
Ain dan Nur mengangguk-angguk menyetujui kata-kata naqibah usrah aku dahulu.
Aku turut pernah mendengarkan
kata-kata yang hampir sama dengan Kak Wana ketika dalam kuliah maghrib di
masjid UPM dahulu. Ya, Allah itu maha Adil dalam member penilaian terhadap
hamba-hambanya.
“Jadi, siapa
bakal imam Kak Ain?” sampuk Wani dengan tersengeh. Haish budak nih. Kita dalam
mood nak membetulkan diri sendiri nih sempat lagi dia bertanyakan soalan
seperti itu. Ain hanya tersenyum kecil mendengar soalan Wani. Gayanya seperti
bukan Wani seorang sahaja yang ingin tahu kerana Sha, Azwa dan Alia sudah pun
memanjangkan tengkuk mereka untuk mendengar kata-kata dari Ain sedangkan
kedudukan mereka tidaklah sejauh mana dari Ain.
“Bakal imam
Kak Ain yee??”Ain memegang dagunya sambil menalakan pandangan ke arah kipas
angin di atas syiling seolah-olah memikirkan formula untuk mengira had laju
kipas angin tersebut.
“James Bond”
“Kak Ain!!!”
jerit budak-budak itu apabila jawapan yang diberikan Ain amatlah tidak
munasabah.
“Gurau
jelah. James Bond pun dah tua. Tak handsome dah.hehehe”ujar Ain sambil ketawa.
Seronok mengenakan budak-budak itu. Aku tumpang sekaki la tengok perangai junior berempat yang macam ada kaki arnab.
Terlompat-lompat lagaknya. Kak Wana dan Nur turut tersengeh ketawa melihat
mereka.
“Bakal imam
akak itu merupakan doktor yang bekerja di hospital di mana ayah akak dirawat
jugak.”
“Wuuuuuu…..doktor
kot. Hebat ar ..Macam mana akak buat dia jatuh hati dekat akak?”Nampak sangat
kekaguman di mata budak-budak nih. Yelah..bila dengar perkataan doktor pun aku
jadi kagum walaupun aku suka lagi jurutera hehehe.
“Ish,
pandailah kamu nih. Entahlah..Dia selalu datang untuk melihat-lihat keadaan
ayah akak ketika ayah akak masih di wad. Dua minggu jugaklah akak selalu
ulang-alik jenguk ayah akak di wad sana. Tapi akak tak delah nak
berkenal-kenalan pun. Akak dengan cara akak dan dia dengan kerja dia. Tapi
lepas ayah akak keluar wad, akak tak jumpa dia dah. Cuma seminggu lepas tu je,
tiba-tiba dia hantar rombongan merisik. Lepas mintak pendapat ayah akak dan
yakin dengan solat istikharah yang dibuat, akak pun terimalah.”panjang lebar
Ain bercerita. Serentak dengan itu riuh bebudak itu bersorak.
“Wooho..cinta
lepas nikah la nih. Tahniah akak. Tahniah” ucap wani dan kemudiannya ucapan
yang sama pula turut di ucapkan oleh Sha, Alia dan Azwa. Seronok bukan main
lagi mereka nih. Aku bahagia apabila tengok Ain kelihatan gembira dengan kehidupannya kini. Perubahan
yang berlaku ke atasnya telah menjadikannya seorang yang matang. Aku bersyukur
ya Allah. Aku pula bila lagi mahu berubah??
No comments:
Post a Comment